Mendengar topik di breakfast@suria (mendekati wanita berkerjaya) 3 hari lepas dan semalam topik "lamaran" di Sinar Pagi..membuatkan pu3 terasa nak taip tulis entry ni..(hm..mungkin sebab tak berkesempatan nak menjadi salah satu pemanggil bertuah untuk share cerita pu3..hahaha)...
Asalnya entry ini mahu di publish / post semalam...tapi hanya sempat taip title post ni je...hehe...
Hmm..LAMARAN??
Big question mark there..hehehe...
Mari kita sama-sama fikirkan dan renungkan..
Apa yang anda-anda akan lakukan bila anda ingin dipinang oleh somebody yang berkelayakan,berpendidikan tinggi daripada anda..dan sememangnya anda dijanjikan kereta dan rumah tanpa anda perlu membelinya?
Waahhhh...BESTNYE!!!! Semestinya sangat la best kan? Tambah-tambah lagi untuk orang-orang yang macam pu3 ni..memang terbeliak la biji mata..hehe...
Ape jawapan anda ek??
YES-"oh pliz marry me...haha" dan bagi yang NO plak...
NO - "i've got someone and i love him very much..i tak pandang semua tu walaupun i tau si buah hati i tak mampu" (wow..true love :p)
MY ANSWER: pu3 plak..huh, sorry Mr. S...walau pu3 ingin dan angankan semua itu menjadi realiti, dan walau pu3 tak punya siapa-siapa di hati...pu3 belum cukup mampu untuk buka hati pu3 untuk terima lamaran u..pu3 mintak maaf... :-(
Another scenario..hehe...
Bila seseorang yang anda tak tahu kedudukan dia di hati anda, anda senang dengan dia tapi dari segi perasaan, anda tak sure...dan anda pernah kata pada dia bila si dia menyampaikan hasrat si dia untuk menyunting anda menjadi permaisuri si dia sebegini..."tunggu la..erm, duit nak kawen dah cukup ke? sekurang-kurangnya kena ada rm...k kalau nak kahwin zaman sekarang ni..." dan si dia menjawab "duit sikit dah ada..kena kumpul sikit je lagi: dan dengan spontannya anda menjawab "kumpul la dulu!". Tanpa disangka-sangka jawapan itu menjadi asas dan kekuatan untuk si dia untuk terus menunggu anda dan pada masa yang sama telah menjadi kekuatan untuk si dia gigih mengumpul duit untuk kahwin dengan anda. Kemudiannya, sampai satu masa, si dia kembali menghubungi anda dan menyatakan hasratnya sekali lagi selepas beberapa kali didalihkan oleh anda...dan kali ini anda bertanyakan sama ada duit kawen dah cukup? Dan si dia menjawab..duit kawen cukup plus sebuah kereta yang akan diberikan kepada anda..anda tergamam...apa ye respon dan reaksi anda di saat ini?
OH YES - masuk la meminang!!...
NO - saya sebenarnya takde alasan untuk menolak lamaran awak, sebab tu saya buat macam ni..tak sangka pulak awak amik serius dan jadi camni. saya tak ready dan saya sudah ada seseorang..(giler siut jawapan ni..menikam kalbu!..nanti ada lagi bangunan mana-mana plak yang akan kena bakar..huhu)
MY ANSWER: again pu3 mintak maaf sangat-sangat dengan awak...pu3 belum bersedia lagi la..umur pu3 masih muda dan pu3 sangat yakin pu3 belum bersedia menjadi Puan kepada Encik D. pu3 belum yakin yang pu3 mampu untuk memikul tanggungjawab seperti bagun pagi dan siapkan sarapan En.D sebelum pegi keje, iron kan baju-baju En.D, memasak untuk En.D, dan segala-galanya termasuk menjadi ibu kepada anak-anak En.D nanti..huhu. Sebab diri ini pun masih belum terurus..mana mampu untuk meguruskan keluarga...harap En.D faham....
PERSOALAN YANG BERMAIN DI FIKIRAN PU3 SEKARANG IALAH...kenapa pu3 tak bersedia lagi?
atau
sebenarnya pu3 masih belum menerima kenyataan kehilangan si dia?
atau
pu3 sebenarnya senang tanpa sebarang komitmen?
DAN
tidakkah pu3 terkadang merasa sunyi?
dan
tidakkah pu3 cemburu dengan kebahagiaan kawan-kawan?
dan
tidak mahukah pu3 berkeluarga,mempunyai teman untuk dikongsikan apa saja cerita, pengalaman, dan masalah?
kesemua persoalan itu belum lagi dapat pu3 rungkaikan dan pu3 sendiri belum pasti apa yang pu3 cuba untuk lalui..huhu. Apa yang pu3 mampu lakukan hanyalah berdoa pada Allah semoga apa yang Dia tentukan dalam hidup pu3 adalah yang terbaik dan di samping itu, pu3 mohon pada Allah dapat kiranya diberikan kekuatan dalam menyusuri perjalanan kehidupan sehingga ke puncak (pastinya yang terbaik dari ALLAH)....AMINNN!!!